Butik Pengantin Penang, Butik Pengantin Utara, Wedding Planner Penang, Wedding Planner Utara : De Zara Wedding BoutiQue & Planner
012-407-3686 : dezarawedding@yahoo.co.jp
By: De Zara Weddings

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Jun-2010 02:46 Email | Share | | Bookmark
Sweet Purple : Akad Nikah & Persandingan Huda & Azif

 
 
 
View all 9 photos...
Kali pertama bertemu Huda pada 8hb June malam, 11 hari sebelum Hari Pernikahan+Persandingan 19 June. Huda bertanya “Sempat ke?” , jawapan kami “Insyaallah...“. Huda tidak pasti antara 2 pelamin pilihannya, jadi dia minta tempoh berbincang bersama keluarga, sebelum membuat tempahan. Pada 14hb June, Huda bank-in deposit. Huda order pelamin, aksesori, make up & fresh Roses + Estoma (bunga2 ni Huda nak guna untuk DIY hantaran & hand bouquet).

Huda sangat2 sweet & lemah lembut orangnya. Serasi dengan Huda, Pelamin Sweet Petals dan Make Up yang sweet gak. Make Up artis pilihan, Gie.

Walaupun service De Zara hanya sebahagian kecil dari majlis perkahwinan di banglow di tengah2 sawah Penaga (peaceful place with nice green biew...) , kami terharu atas layanan ibu Huda yang begitu prihatin atas keselesaan kami, terutama semasa kami menunggu satu sesi make up ke satu sesi seterusnya.

Semasa kita orang pergi kemas2 pun, sempat lagi berbual-bual dengan ibu Huda ( seorang pendidik ). Terimakasih kepada ibu Huda atas semua nasihat membesarkan anak2 supaya menjadi manusia berjaya ( kelima-lima anaknya semuanya orang2 pandai belaka... ) , dan juga hidangan air cendol petang itu.

Kepada pasangan manja Huda & Azif ,

SELAMAT PENGANTIN BARU

Zara 012-407-3686
De Zara Wedding BoutiQue & Planner
Georgetown, Penang

Pelamin Sweet Petals

From it down angle

The petals & crystals

Side angle

The Purple petals

Huda : Before Make Up

Huda : Make up Blue+Silver untuk Akad Nikah

Huda : Make up Purple+Fushia untuk Sanding

Pasangan Manja Huda&Azif : Huda di touch up for Gold effect untuk Bertandang



Friday, 18-Jun-2010 03:01 Email | Share | | Bookmark
London Bridge in Spring - Purple & Magenta : Faiz & Wani

 
 
 
View all 11 photos...
Wedding by the Taman Tasik Darulaman, 12 June , of a lovely couple, Faiz a.k.a the Touch Guy & his bride, Wani a.k.a The Beauty ( tinggi lampai , cantik & elegan gitu... )

Faiz is a very tough & sangat ringan tulang. Untung Wani...

Pada malam sebelum event, faiz datang dengan "bala tentera" ( rasanya his mates from school days ) , untuk menolong kita orang kemas2 the area. Faiz & geng, kemaskan semua props yang dah rosak dan ditinggalkan dari previous events. Dah clear sume (lega... ), kita orang mulakan persiapan. Faiz juga memulakan atur2 kerusi, meja & segalanya. Kita orang concentrate deco je... . Rasanya, about 2am, baru Faiz balik umah. Kita orang tak abis deco lagi, tapi enjoy gak... ye lah, bila lagi kita orang dapat peluang lepak2 sambil siapkan kerja di tepi tasik yang dingin itu...

Pagi tu, selepas kita orang selesai deco, Faiz dah datang semula. Faiz mulakan operasi DIY Meja Menyambut Tetamu. Wow ! Very creative ! By the time, kita orang balik, Faiz masih bertungkus lumus lagi, so , kita orang tak amik gambar lak... aisey...

Ada 1 special request dari Faiz, "Feather Hand Bouquet". Kak quote email dari Faiz "Jika kak wat, kak la orang yang mula2 wat dalam Malaysia:... unquote... Kak quote Wani lak "Kami dah google, tapi takde dalam Malaysia".. unqoute... Kak cuba le... Kak wat hand bouquet tu semasa dalam kereta, perjalanan dari Penang ke Jitra. Bila kak berikan kepada Faiz, Faiz senyum suka... Wani pun senyum suka... So, Kak pun suka le..

Overall, kita orang had a good time
Thanks Faiz & Wani,
SELAMAT PENGANTIN BARU !!

p/s : Sayangnya tak sempat makan ayam golek bakar panas-panas... masa ayam tengah digolek tu, kami tengah bergolek kat katil.. maklumlah tak tidur semalam.. uhuk, uhuk. Anyway, TQ kepada Faiz & family, yang sudi memberi kami masakan ala kampung menu kenduri, dan juga layanan yang cukup mesra.

Faiz & Wani , bergambar bersama Cikgu sekolah Faiz, di Pintu Gerbang (masa kami sampai petang untuk kemas2).


Faiz & Wani : Natural up dari Make Up Artist Gie ( Wani kata dia puas hati.. Thanks Gie !)


Faiz & Wani memberi pos istimewa kpada kami. Notice the Feather Handbouquet ? White feathers with small purple roses


Tema London Bridge : Color of spring, Purple, Magenta and Cream
London tu tempat Faiz belajar dulu...


Pelamin berhadapan Tasik dan Bukit


Flower bloom


Hiasan Meja Beradap mengadap Tasik


Dari satu sudut...


Meja tetamu , tema purple dan magenta juga...


Pintu Gerbang , di padankan dengan tiang2 canopy tasik. Tiang2 canopy di hias simple sebagai laluan pengantin.


Pandangan tepi Pintu Gerbang. Di kiri gambar, Faiz tengah DIY Meja Menyambut Tetamu



Monday, 7-Jun-2010 15:07 Email | Share | | Bookmark
Tema White, Cream & Peach : Majlis Persandingan Lily & Wandy

 
 
 
View all 12 photos...
Update dari Lily 18 June :
Enjoys the pics. dari Lily. Kepada Lily & Wandy, SELAMAT PENGANTIN BARU ! Moga berbahgia selamanya... dan jika balik kampung ke Penang, contact kita orang ye... leh kita gi sama2 pekena seafood kegemaran Lily.
Kepada pelawat/customers De Zara, jom kita layan pics. yang Lily hantar tu...

Lily & Wandy bersama Make Up Artist Sharqc+ assistant Faten, baru 12 tahun...


Lily & Wandy bergaya dengan gaya elegant English... Wandy segak dengan Oriental Coat, dan Lily Gown Hitam & Putih



Update De Zara Team, 7 June :
Lily , gadis ayu yang lembut hatinya, sepadan dengan Wandy yang cool. Tema mereka, White, Cream & Peach ,amat sesuai untuk kedua mempelai yang romantik ini.

Pelamin Highback Chair Lily


Hiasan Meja Makan


Pintu Gerbang


Hiasan Bilik Lily



Lily di dandan rapi oleh Sharqc


Wandy di touch up oleh Sharqc juge...


Bunga tangan fresh Yellow Lily & Cream Roses : Wangi tau...


Lily & Wandy memberi pos istimewa khas untuk kami...romantik, kan...


Fondant Cake, FOC je... warna koko permintaan Lily.


Friday, 4-Jun-2010 03:29 Email | Share | | Bookmark
Make Up Artist : Gie

 
 
 
View all 6 photos...
Perkenalkan Make Artist, Gie. Gie khas untuk para pengantin yang inginkan touch up dari seorang perempuan.

Selepas pertemuan malam tadi, seperti yang Gie janjikan, Gie adakan sesi Trial Make Up ( most probably housemates dia le.. ,sebab Gie single lagi... ) , dan emailkan kepada kami. Trial Make Up ni, untuk 2 umur yang berbeza. Make up ni, masih mengekalkan wajah semulajadi , dengan "soft touch up" untuk "enhancement" supaya "lebih berseri" gitu...

Untuk Gie, kami ucapkan terimkasih atas tips2 supaya wajah berseri di hari bersejarah , yang tentunya kami akan sampaikan kepada bakal2 pengantin. Welcome to Team De Zara





SWEET MAKE UP by GIE : Huda's Akad Nikah & Persandingan

Huda : before

Serious tol Gie..

Gie memberi nasihat & mood kepada Huda

Gie & her touches , for Akad Nikah & Bersanding

Pengantin lelaki pun kena touch up gak...

Huda & Hazif : Huda di touch up Gold effect untuk Bertandang ke rumah pihak lelaki


Saturday, 29-May-2010 23:44 Email | Share | | Bookmark
Pelamin Berendoi Baby Anisa : Kenduri Aqiqah & Majlis Berendoi

 
 
 
View all 6 photos...
Update Kenduri Aqiqah Anisa 3rd June :
Dengan happynya kami upload photo Kenduri Aqiqah Anisa, ikhsan dari our client, Ita. Ita citer, Anisa sangat2 good girl sepanjang kenduri, dengan lenanya dia tidur dalam buaian. Tuk Anisa juga cerita yang sama semasa kami pergi kemas2.

Apepun, yang pasti, kami tumpang happy mendengar Kenduri berjalan dengan lancar. Kami juga terharu dengan kata2 Ita di dalam emailnya, "Terimakasih menjadikan Kenduri Anisa sangat indah dan diingati..."

Terimakasih tak terhingga kepada Ita & hubby kerana memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian hari istimewa Anisa.

Keluarga Bahgia


Anisa lena di dalam buaian


Bertuahnya Ita & Hubby dapat Anisa yang amat2 comel & good girl...


Update pemasangan deco 29 Mei :
Sejak kami mulakan pemasangan Pelamin Berendoi untuk Baby Anisa, dia tak nak tidur. Pun begitu Baby Anisa tidak juga merengek atau menangis, seolah-olah menunggu buaiannya siap. Baby Anisa dipakaikan serba pink, comel sangat-sangat.

Terimakasih kepada Ita & hubby, kerana memberi kepercayaan kepada kami dengan perbincangan melalui sms, telefon dan email saja. Terimakasih juga kepada family Ita yang melayan kami, seolah-olah kami adalah tetamu. Bertuah Baby Anisa dilahirkan sebagai anak pertama, dan juga cucu pertama di dalam sebuah family yang rapat dan mesra








[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net