Butik Pengantin Penang, Butik Pengantin Utara, Wedding Planner Penang, Wedding Planner Utara : De Zara Wedding BoutiQue & Planner
012-407-3686 : dezarawedding@yahoo.co.jp
By: De Zara Weddings

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  [16]  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-May-2009 05:10 Email | Share | | Bookmark
Hantaran untuk Baiti, Akad Nikah 1 May '09

Hantaran Kotak Kayu Berukir
Kotak Kayu - Dompet&Talipinggang
Treasure Box A- Nivea for Men
View all 7 photos...
Baiti mengatakan dia inginkan kelainan untuk hantaran hari pernikahannya. Inilah hasilnya... Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan itu. kami doakan Baiti dan suaminya, Rahimy bahgia selama-lamanya...









Friday, 8-May-2009 05:05 Email | Share | | Bookmark
Pelamin Traditional Garden

Traditional Garden A1
Traditional Garden A2
Traditional Garden A3
View all 5 photos...
Traditional Kerawang Gold/Silver + Pastel Colors....

Traditional with a twist , jadi le Traditional Garden... pelamin ni sesuai untuk umah. Jika dewan kami akan tambah 2 panel tepi , dan panjang keseluruhan antara 16' ke 20'.

Jike berminat, contact kami ye...

Zara : 012-407-3686
Email : dezarawedding@yahoo.co.jp
Galleria : B5-3, Jalan Sg. Pinang
10150 George Town, Pulau Pinang






Friday, 8-May-2009 03:00 Email | Share | | Bookmark
Salam perkenalan dari De Zara Wedding BoutiQue & Planner

Assalammualaikum…

Sekapur sirih

Perkhidmatan bermula secara sukarela ataupun permintaan kawan, sepupu dan saudara didalam persediaan hantaran, menguruskan pengantin perempuan, menghias bilik pengantin dan mini pelamin. Melihat kegembiraan dan penghargaan serta kepuasan mereka, perasaan minat terhadap seni Budaya Perkahwinan Melayu semakin mendalam hari demi hari. Adat Merisik, Bertunang, Akad Nikah, Majlis Perkahwinan , dan seterusnya Majlis Menyambut Menantu , semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Segala aspek seperti manis bicara sewaktu Merisik, Hantaran Sirih Pinang sewaktu Bertunang, Sirih Junjung sewaktu Akad Nikah, Tema Perkahwinan Majlis Perkahwinan untuk kenduri pengantin perempuan, dan juga Tema Majlis Menyambut Menantu di sebelah pengantin lelaki, adalah elemen halus lagi unik. Demi mempertahankan budaya supaya tidak ditelan zaman, dari pengalaman serta pembelajaran Warisan Melayu, lahirlah De Zara Wedding BoutiQue & Planner.

Perkhidmatan kami

De Zara menyediakan segala kelengkapan perkahwinan, termasuk Hiasan Pelamin, Tatarias Pengantin, Hantaran, Catering, sebagainya. Antara yang istimewa ialah kehalusan Bunga Dip sebagai bunga dulang dan bunga pahar, Busana pengantin dari kain French lace yang diimpot terus dari Jakarta dan Bandung, dimana kualiti kainnya setanding dengan gedung-gedung terkemuka, catering dengan menu masakan Melayu seperti masakan ibu (home cooking), serta anyaman bunga telur mengkung melalui projek untuk menambah pendapatan orang-orang kampung.

Tema kami

Bersesuaian dengan Georgetown sebagai bandar warisan berbagai budaya dan peninggalan sejarah dari zaman Francis Light ke zaman moden kini, tidak ketinggalan keindahan semulajadi seperti Penang Hill, De Zara menawarkan tema keunikan English atau Traditional yang disulamkan unsur-unsur flora. Antaranya, Tema English Garden, Tema English Heritage, Tema Traditional Garden dan Tema Traditional Kayu.

Budaya Perkahwinan Melayu ke mata dunia

Pada 8 July 2008, George Town telah disenaraikan sebagai salah satu Unesco World Heritage Site. Serasi dengan itu, De Zara bersama JAC Photography bekerjasama untuk menengahkan industri pelancongan Warisan Budaya Perkahwinan (Cultural Wedding Heritage) di Penang. Kerana suasana budaya Melayu yang masih menjadi asas kehidupan harian, Kampung Juru telah dipilih untuk persediaan profil mempromosikan Warisan Budaya Perkahwinan Melayu ke mata dunia. Insyaallah....

Salam ikhlas,

De Zara Wedding BoutiQue & Planner
Zara 012-407-3686
Email : dezarawedding@yahoo.co.jp
Galleria : B5-3 , Jalan Sg. Pinang
10150 George Town, Pulau Pinang


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  [16]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net